11 March 2012

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri pada 8 April ini


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.



"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.



Bagi pendapat penulis, DS Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April adalah suatu tindakkan yang bermaruah dan penulis sanjung tinggi keputusan beliau. 
Ini bukan soal Kak Jat salah atau tidak, ini menunjukkan bertapa beliau pentingkan UMNO dari jawatannya. TAHNIAH KAK JAT..!
Penulis akn bediri teguh di belakang Kak Jat...! 
HIDUP KAK JAT...! HIDUP UMNO...! HIDUP BN...!

4 comments:

  1. Saya,Sheikh Azam Al-Banjari berharap agar anda dapat follow blog saya di www.kulaandaily.blogspot.com
    Terima kasih di atas kerjasama anda dan saya telah follow dan link blog awak ni....

    ReplyDelete
  2. Syabas Prince Adib..Harap anda dapat linkkan blog sy MMI mahamissa.blogspot.com ..Untuk UMNO kita teruskan perjuangan..

    ReplyDelete