26 January 2012

Gelombang kuasa ke-3..? Mampukah..?

Percakap tentang Dato Dr. Hassan Ali. baru2 ini semasa di rancangan Soal Jawab di TV3, telah memberi isyarat yang agak jelas tentang "kuasa ke-3" yang mungkin sekali telah ada dalam politik tanah air kita...


Persoalannya adakah ia akan menjadi realiti atau hanya fantasi, adakah ia benar2 akan dilaksanakan atau hanya sekadar mencari publisiti dan sokongan..?


IMR..! Islam, Melayu, institusi diRaja..!  Secara asas, penulis sokong dengan prinsip perjuangan ini, apatah lagi penulis orang Melayu yang beragama Islam dan menjunjung kedaulatan institusi diRaja di Malaysia...


Perjuangan IMR ini telah menjadi asas pertunjangan dan paksi utama kepada perjuangan UMNO sejak zaman sebelum merdeka lagi. Sementelah juga Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga dengan jelas menyebut bahawa perjuangan UMNO antaranya adalah untuk menegak & mengembangkan syiar & syariat Islam di Malaysia...TIDAK perlu menubuhkan Parti baru, hanya semata-mata memperjuangkan IMR; UMNO telah, sedang dan akan terus memperjuangkan serta mempertahankan Islam, Melayu, institusi diRaja, dan Negara...!


Jika di lihat dari aspek yang luas dan untuk menyatukan bangsa dan ummat Melayu yang beragama Islam, ada baiknya Hassan Ali join UMNO. Ya, btol UMNO adakalanya naik, adakalanya turun, tetapi kenapa tidak Hassan Ali join UMNO dan segala kekurangan didalam UMNO, sama2 kita perbaiki


Cakap memang senang, tetapi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah, BUKAN semudah "A, B, C". 
Penulis khuatir akan berlaku perpecahan dikalangan orang Melayu sendiri, jika dilihat UMNO, PAS, PKR pown Melayu sudah berpecah, apatah lagi hasrat Hassan Ali untuk menubuhkan sebuah parti "X"  jika jadi kelak...!


Jika sebuah parti politik hanya memperjuangkan IMR, dan ada hasrat untuk menjadi kerajaan persekutuan, ia dilihat satu parti yang inclusive. Agak mustahil untuk sebuah parti "X"  mendapat  sokongan 65% @ keseluruhan orang Melayu. Ingat, UMNO, PAS & PKR masih ada...!
Penulis pasti bangsa lain seperti Cina, India, dan lain-lain tidak akan menyokong parti "X" tersebut. Mungkin semangat racist itu akan lebih menebal dalam diri seseorang...!


UMNO sebuah parti terbesar orang Melayu dan majoriti orang Melayu menyokong UMNO..! Jika Hassan Ali, menyertai UMNO. sudah pasti ini dapat menyatukan orang Melayu kerana sebahagian besar orang Melayu menyokong dan bersama dengan UMNO...! Apa yang perlu dilakukan oleyh Hassan Ali, hanya meneruskan perjuangan UMNO yang mempunyai prinsip sepertimana prinsip Hassan Ali. 
Jika UMNO @ pemimpin UMNO ada melakukan kesalahan, tegurlah mereka...! UMNO sebuah parti yang terbuka kepada nasihat yang membina...!


Persoalan yang bermain dalam fikiran penulis. Adakah Hassan Ali mempunyai rakan seperjuangan @ yang mampu menjadi pemimpin  yang mempunyai prinsip sepertimana prinsip beliau, dan adakah Hassan Ali mempunyai rakan2 yang bebas rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain...! Kalau ada, berapa ramaikah..?  Cukupkah untuk Hassan Ali bagi menubuhkan parti "X"...? Mampukah Hassan Ali dan rakan2 mentadbir negara seprtimana kerajaan BN tadbir negara jika mendapat mandat...?
Persoalan yang besar...!


Penulis secara peribadi menyokong prinsip perjuangan Hassan Ali, tetapi dalam masa yang sama penulis tidak sokong cadangan Hassan Ali untuk menubuhkan parti "X" sebagai simbol kuasa ke-3 ...


Biarlah orang Melayu yang Islam, berada  di bawah satu panji-panji dan se-ia, sekata..!


*pandangan dan pendapat penulis...!

1 comment:

  1. Cabaran dan keberkatan UMNO ditubuhkan dulu perlu diambilkira..Sejarah tertubuhnya..kenapa dan bagaimana boleh tertubuhnya UMNO..masih lagi kita
    tidak jelas??Tidakkah kita nampak UMNO juga sedikit
    sebanyak 'dirahmati' ALLAH?? Cuma mungkin yg membuatkan UMNO sedikit dikecam oleh rakyat ialah beberapa pemimpin atau pengalas UMNO yg 'agak tamak'.Menubuhkan parti lain pada pandangan saya ada pro and contra..ini kerana..ramai yang benci dgn nama UMNO..dan ada ramaiyg meluat dgn Pas..tapi jika digabungkan kedua2nya akan berlakulah begini..UMNO + Pas = NO PAS(??)agak2nya sesuai kah begitu??ahhh..!!aku tak mahu tahu itu semua..yang aku mahu sebagai rakyat dan akar umbi..UMNO melambangkan Melayu yang beragama Islam..Pas pula mahu Islam dilaksana .mungkin UMNO boleh ditokok tambah dgn perlaksanaan Islam yg selari dgn rukun..tetapi adakah pemimpin Pas sudi org UMNO jalankan hukum Islam??kerana ramai dikalangan orang UMNO tidak spt tok2 guru.

    Pendapat saya..UMNO jalankan acara pentadbiran..sedangkan Ulama..penasihat/pemantau perjalanan hukum Islam yg sama2 bermuafakat mendokongnya antara UMNO & PAS..tak de susahnya..cuma buang jauh2 ego dan 'ke AKU'an kita. sebagai umat MUHAMMAD..'RENDAHKAN HATI ,Perhiasi Diri dan Akal Budi'-maka jadilah kita 'somebody'..habluminALLAH,HabluMinnas..wa'tasimu bi habliLLAH..wa la tafarraqu...wALLAHU a'lam

    ReplyDelete